Stres Covid-19 tembak isteri, anak

ORLANDO: Tertekan gara-gara Covid-19, seorang lelaki di Florida tergamak menembak mati isteri dan anak lelakinya, Ahad lalu.

Smith Rivera, 59, membunuh isterinya Jodie Rivera, 57, dan anak lelakinya Matthew, 21, di rumah mereka.

People.com melaporkan polis yang dimaklumkan mengenai insiden berdarah itu bergegas ke rumah keluarga itu untuk siasatan lanjut.

Sebaik tiba jam 1.15 pagi, Jodie ditemui terbaring berlumuran darah di lantai dapur manakala Matthew di kawasan berhampiran biliknya.

Polis juga menemui kelongsong peluru bertaburan di atas lantai selain kotak peluru diletakkan di bilik air.

Pemeriksaan lanjut juga menemui pistol yang dipercayai digunakan Smith dalam kejadian itu.

Ketika pemeriksaan polis, Smith pulang ke rumah itu sebelum mengakui dia membunuh isteri dan anaknya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19