Taikun media Hong Kong ditahan

Hong Kong: Polis Hong Kong menahan taikun media prodemokrasi Jimmy Lai di bawah Undang-undang Keselamatan Negara.

Menurut agensi berita Sputnik, memetik laporan Global Times pada Isnin, Lai adalah pemilik syarikat media Next Digital dan Apple Daily di Hong Kong.

Beliau turut dikenali kerana sokongannya terhadap kem prodemokrasi.

Sumber surat khabar The Chinese memetik bahawa usahawan berusia 71 tahun itu ditahan kerana disyaki bersubahat melakukan pemalsuan dan penipuan asing.

South China Morning Post melaporkan penangkapan itu berlaku pada Isnin pagi di rumah hartawan itu di bandar Kowloon.

Salah seorang anak lelaki Lai, Ian, turut ditahan, kata Apple Daily.

Aktivis politik Hong Kong Joshua Wong mengecam tindakan penahanan Lai.

Kerajaan China menggubal undang-undang keselamatan negara di Hong Kong pada akhir Jun. Undang-undang tersebut menyesuaikan dasar keselamatan di Hong Kong dengan persepsi Beijing terhadap jenayah dan hukuman berkaitan dengan pemisahan, penindasan, keganasan dan bersubahat dengan negara asing.

Ia menimbulkan reaksi balas daripada pembangkang Hong Kong dan Barat.

Sebagai tindakan tidak bersetuju, Amerika Syarikat telah menamatkan keistimewaan ekonomi bagi bandar berkenaan.