Tarrant pilih ‘kunci mulut’

Christchurch: Lelaki Australia yang menyerang dan menembak mati 51 orang di dua masjid di sini, tahun lalu, memilih untuk berdiam diri.

Ia selepas mahkamah mendengar kenyataan impak mangsa (VIS) yang dibacakan oleh lebih 90 wakil ahli keluarga mangsa yang terkorban dan terselamat dalam kejadian berkenan.

Sebelum ini, Tarrant, 29, mengaku salah atas 51 pertuduhan membunuh, 40 cubaan bunuh dan satu pertuduhan keganasan di dua dua masjid di Christchurch, pada 15 Mac 2019.

Dia juga tidak menunjukkan sebarang emosi ketika semua ahli keluarga mangsa membaca VIS mereka.

Dalam pada itu, peguam yang dilantik mahkamah akan membacakan kenyataan ringkas sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh pada Khamis.

Prosiding jatuh hukum yang berlangsung sejak Isnin lalu itu berlangsung dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Mahkamah dikawal oleh polis dan anjing pengesan memeriksa individu yang memasuki bangunan berkenaan.

Tarrant juga diletakkan di dalam lokap di bahagian bawah bangunan itu.

Ia bagi mengurangkan risiko keselamatan ketika perjalanan pergi dan pulang ke penjara.

Berita berkaitan

• Tolong ingat nama anak saya!

• Penyerang Christchurch rancang bakar masjid