Taylor Swift sokong Joe Biden

Washington: Bintang pop Amerika Syarikat, Taylor Swift pada Rabu menyatakan sokongan terhadap Joe Biden sebagai presiden Amerika Syarikat (AS).

Swift memberitahu perkara itu menerusi satu majalah dan ia kemudian dikongsi menerusi platform media sosialnya yang diikuti lebih 200 juta orang.

Menurutnya, Biden yang juga veteran politik daripada Parti Demokrat itu akan membantu proses pemulihan di negara berkenaan.

Penyanyi itu sebelum ini menyelar Presiden Donald Trump yang didakwa tidak cekap mengendalikan pandemik Covid-19 dan dilihat cuba mencabul hak rakyat negara itu untuk mengundi.

“Saya dengan bangganya menyokong Joe Biden dan Kamala Harris pada Pemilihan Presiden pada tahun ini.

“Menerusi kepimpinan mereka, saya percaya, Amerika Syarikat mempunyai peluang untuk menjalani proses pemulihan dengan lebih cepat,” katanya.

Dalam pada itu, Biden dan Harris dalam reaksi susulan berterima kasih terhadap sokongan Swift.

“Taylor – terima kasih untuk sokongan anda dan bersuara ketika saat yang paling sukar dalam sejarah negara kita,” tulis Biden di Twitter.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19