Temui kereta hilang 8 tahun

Beijing: Seorang lelaki di bahagian tengah China terkejut selepas menerima panggilan telefon supaya memindahkan keretanya yang sudah dilaporkan hilang sejak lapan tahun lalu.

Portal Global Times yang memetik laporan BTV melaporkan lelaki dari wilayah Henan itu tidak menyangka menemui kembali kenderaan itu selepas menjejakinya sekian lama.

Pada 2012, kereta tempatan milik lelaki bernama Yang itu dilaporkan hilang selepas dia menyewakannya kepada seorang pelanggan.

Pelanggan terbabit dikatakan akan menggunakan kenderaan itu bagi membuat perjanjian gadai janji dengan individu ketiga.

Malah, nilai yang ditawarkan menerusi perjanjian itu adalah lebih rendah.

Susulan kejadian, Yang membuat laporan polis, namun lokasi kenderaan itu tidak dapat dijejaki.