‘The World of the Married’ catat rekod

Seoul: Drama bersiri Korea popular yang disiarkan di saluran JTBC, ‘The World of the Married’ mencatat rekod tertinggi, dengan jumlah tontonan hampir 28.4 peratus untuk sebuah drama kabel di Korea Selatan, lapor Yonhap News Agency.

Menurut Nielsen Korea, episod 16 yang juga episod terakhir siri berkenaan disiarkan yang malam Sabtu lalu mencatatkan 28.371 peratus tontonan.

Jumlah itu menjadikan ‘The World of the Married’ sebagai siri drama kabel paling ditonton, melepasi rekod drama bersiri ‘SKY Castle’ yang ditayangkan pada awal 2019, iaitu 23.8 peratus.

Diadaptasi dari drama bersiri Britain, ‘Doctor Foster’ yang ditayangkan pada 2015 dan 2017, drama 16 episod ini berjaya menarik peminat drama Korea dengan adegan suspen dan penceritaan yang diubah mengikut budaya Korea.

Pelakon utamanya, Ji Sun-woo, yang dilakonkan Kim Hee-ae, seorang isteri dan doktor yang sangat berdedikasi mengetahui suaminya mengkhianati perkahwinan mereka dan berniat membalas dendam terhadapnya.

JTBC akan menyiarkan siri asal drama Doctor Foster minggu ini untuk menggantikan ‘The World of the Married’.