Tiada ibadah korban di Singapura tahun ini

SINGAPURA: Singapura tidak akan mengadakan ibadah korban tahun ini dan tiada haiwan ternakan akan diimport ke republik berkenaan berikutan situasi Covid-19 ketika ini.

Berita Harian Singapura melaporkan, masjid setempat akan menganjurkan korban di Australia, dan kemudian menghantar dagingnya ke Singapura.

Berdasarkan pengumuman Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) hari ini, pihak masjid akan melantik dan bekerjasama dengan penyedia khidmat yang perlu bagi memastikan pematuhan semua peraturan kawal selia yang ditetapkan Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam proses mengimport produk daging.

“Masjid juga akan meneruskan amalan mengagihkan sebahagian daging itu kepada keluarga bergaji rendah dalam masyarakat.

“Rancangan itu akan membolehkan masyarakat Islam setempat menjalankan ibadah penting ini,” kata Muis.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19