Tiga individu rakam aksi intim pasangan kekasih secara paksa

Lahore: Seorang lelaki dan teman wanita di Pakistan berdepan detik hitam apabila dipaksa melakukan hubungan intim di depan tiga individu tidak dikenali.

Selain itu, ketiga-tiga suspek merakamkan kejadian itu sebelum memuat naik video berkenaan di internet.

Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku di laluan lebuh raya di negara ini.

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki dan teman wanitanya itu, masing-masing berasal dari Punjab, dipercayai duduk berbual di satu lokasi di lebuh raya berkenaan.

Tidak lama kemudian, mereka dihampiri tiga lelaki tidak dikenali yang memaksa mereka melakukan hubungan intim.

Pada awalnya, pasangan itu enggan menyebabkan tiga individu itu memukul lelaki dan wanita terbabit.

Ia dipercayai menyebabkan mereka mengikut kemahuan suspek.

Malah, tiga individu itu merakamkan kejadian sebelum memuat naik video berkenaan di Internet.

Susulan kejadian, polis menahan seorang suspek dan giat memburu dua lagi individu yang dipercayai bersubahat dengannya.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan, suspek terbabit memberitahu polis ketika ditemui, pasangan berkenaan melakukan ‘perbuatan tidak bermoral’.

Atas alasan itu, suspek berkata, dia memaksa pasangan itu melakukan perbuatan terkutuk itu di depan mereka.