Tiga kali lolos dari penjara

Rom: Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Itali atas hukuman bunuh, melarikan diri untuk kali ketiga.

Kesatuan Polis negara itu pada Isnin melaporkan Giuseppe Mastini, 60, atau digelar Johnny the Gypsy mengambil kesempatan berbuat demikian selepas tidak kembali ke penjara di Sardinia.

Ketika itu, dia diberi kebenaran untuk keluar sementara dari penjara.

Polis kini giat memburu suspek.

Mastini yang berasal dari Bergamo di utara Itali berpindah bersama keluarganya dari Rom pada 1970-an.

Berdasarkan agensi berita Itali, ANSA, lelaki itu melakukan pembunuhan pertama hanya ketika usia 11 tahun.

Kali pertama lelaki itu melarikan diri adalah pada 1987 ketika dibenarkan keluar sementara dari penjara.

Dia kemudian hidup dalam pelarian selama dua tahun dan melakukan rompakan, membunuh pegawai polis dan mencederakan anggota polis lain di samping menawan seorang tebusan perempuan muda.

Dia kemudian ditangkap dan dipenjarakan semula, sebelum pernah dibenarkan keluar sementara dari penjara pada 2014.

Bagaimanapun, ketika itu, tidak dapat dipastikan sama ada dia melarikan diri.

Pada Jun 2017, dia sekali lagi melarikan diri dari sebuah penjara di utara Itali dengan menggunakan kaedah sama.