Tik Tik kan ada…

New Delhi: Satu aplikasi baharu ‘Tik Tik – Made in India’ kini popular di India selepas aplikasi TikTok diharamkan di negara itu.

Ia dicipta oleh Ashish yang juga penuntut tahun ketiga Teknologi Maklumat Kokej Universiti Kejuruteraan di Kottayam, Kerala.

Aplikasi itu yang diperkenalkan tidak lama selepas pengharaman TikTok sudah dimuat turun oleh 30,000 kali.

Gulf News yang memetik laporan media tempatan berkata, Ashish memilih nama Tik Tik kerana ia mudah diingati pengguna.

“TikTok mempunyai had video satu minit. Tetapi Tik Tik membolehkan anda merakam video lebih panjang,” katanya.

Bagaimanapun, segmen duet di TikTok tidak boleh didapati menerusi Tik Tik.