Trump ancam China
Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam mengancam China untuk mengenakan tarif baharu selepas beliau mendakwa mempunyai bukti mengaitkan makmal di Wuhan dengan penularan Covid-19.
Ketika ditanya apakah beliau melihat sesuatu hingga mendakwa Institut Virologi Wuhan itu punca penyebaran wabak itu, Trump dengan yakin menjawab beliau mempunyai bukti.
“Saya tidak dapat memberitahu anda hal itu (perincian),” katanya selepas disoal bertubi-tubi oleh wartawan di White House.
Kebelakangan ini, Trump dilihat semakin lantang mengkritik dan menggunakan cara Beijing menangani isu Covid-19 sebagai isu utama kempen pilihan raya November ini.
Ketika ditanya sama ada beliau mungkin membatalkan obligasi hutang AS kepada China, Trump menjawab beliau melakukan dengan cara berbeza.
“Saya boleh melakukannya, tetapi saya hanya mengenakan tarif,” katanya.