Trump bebas Covid-19 – Rumah Putih

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump disahkan negatif daripada Covid-19.

Ia selepas 10 hari beliau dijangkiti virus berkenaan.

“Saya boleh sahkan keputusan ujian beliau (Trump) adalah negatif,” kata doktor Rumah Putih, Sean Conley.

Conley, yang tidak menyatakan secara khusus hari presiden menjalani ujian berkenaan berkata, pasukannya merumuskan bahawa presiden tidak boleh menjangkiti orang lain.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Trump dalam perjalanan dengan menaiki pesawat rasmi Air Force One untuk menyertai kempen di Florida.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19