Trump nafi akan isytihar kemenangan awal

Washington: Presiden Donald Trump pada Selasa pagi menolak spekulasi kononnya akan berusaha menuntut takhta kemenangan sebelum tiba masanya dengan mengisytiharkan kemenangan.

“Apabila hanya ada kemenangan. Tiada alasan untuk main-main.”

“Saya melihatnya ada peluang sangat cerah untuk menang. Saya tidak tahu bagaimana mereka menilai peluang itu,” kata Trump kepada program TV Fox and Friends lapor Agensi Anadolu.

Laman web Axios melaporkan pada Ahad Trump merancang untuk mengumumkan kemenangan awalnya pada Selasa malam, andai dilihat mendahului kedudukan pada pilihan raya Amerika Syarikat itu.

Namun, Trump menafikan laporan berkenaan dan menyifatkan berita itu sebagai “palsu.”

Susulan itu Twitter pada Isnin mengatakan pihaknya akan meletakkan label peringatan pada setiap kiriman mengenai mengisytiharkan kemenangan awal pilihan raya presiden dan kongres AS.

Republikan, termasuk Trump sudah sekian lama mengecam media sosial dan syarikat teknologi besar tertentu kerana berpihak kepada Demokrat dan campur tangan dalam pilihan raya AS.