Uji vaksin Covid-19 di hidung

Beijing: China mula menguji keberkesanan salah satu calon vaksin Covid-19 pada manusia dengan melakukan ujian semburan menerusi hidung.

Bagaimanapun, sukarelawan tidak diberikan menerusi suntikan, tetapi melalui alat penyembur hidung.

The Japan Times memetik laporan Bloomberg melaporkan percubaan itu dilakukan selepas China meluluskan pelaksanaan fasa pertama ujian terhadap manusia, Rabu lalu.

Vaksin itu dibangunkan bersama penyelidik dari Universiti Xiamen dan Universiti Hong Kong dengan pembuat vaksin, Beiing Wantai Biological Pharmacy Enterprise Co.

Ujian itu dilakukan dengan cara memasukkan picagari mengandungi vaksin ke dalam hidung dan dipercayai tidak mendatangkan kesakitan kepada sukarelawan.

Kaedah sama sebelum digunakan untuk selesema.

ia disyorkan bagi kegunaan kanak- kanak serta orang dewasa yang mahu mengelakkan penggunaan suntikan jarum.

Menurut Science and Technology Daily, vaksin itu masuk menerusi saluran hidung dan merangsang tindak balas imun badan terhadap patogen badan yang menyebabkan Covid-19.

Menerusi laporan sama, kajian praklinikal menunjukkan vaksin hidung dapat mengurangkan kerosakan paru-paru dengan ketara pada tikus diancam Covid-19.

Beberapa saintis menjangkakan semburan vaksin melalui hidung mempunyai peluang yang lebih baik untuk menghentikan penyebaran virus berbahaya melalui saluran pernafasan.

Suntikan jarum dapat menggalakkan tindak balas imun yang sistematik untuk mencegah penyakit kronik tetapi tidak cukup kuat untuk menghalang jangkitan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19