Vaksin Covid-19 sebabkan penyakit misteri?

Washington: Syarikat farmaseutikal AstraZeneca terpaksa menghentikan sementara ujian klinikal vaksin Covid-19 yang dilaksanakan secara rawak.

Ia selepas seorang sukarelawan mengalami penyakit misteri.

Syarikat terbabit sebelum ini membangunkan vaksin berkenaan bersama-sama dengan Universiti Oxford, adalah pendahulu global dalam pembangunan vaksin Covid-19.

“Ia adalah langkah rutin yang perlu diambil untuk menyiasat penyakit misteri yang berlaku pada tempoh ujian klinikal.

“Langkah ini bagi menjamin integriti ujian berkenaan,” katanya.

Menurut syarikat itu, penyakit adalah berkemungkinan berlaku pada ujian sekala besar.

Namun, perkara itu perlu diperhalusi secara bebas.

“Kita juga berusaha untuk mempercepat penilaian kepada insiden ini,” katanya.

Bagaimanapun, maklumat mengenai sukarelawan, jenis dan tahap penyakit tidak didedahkan.

AstraZeneca adalah antara sembilan syarikat yang kini memauski ujian Fasa 3 vaksin Covid-19.

Ia membangunkan vaksin dikenali sebagai AZD1222.

Selepas seseorang mengambil vaksin berkenaan, ia dijangka dapat menyerang Covid-19 jika individu terbabit dijangkiti virus itu kelak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19