Vaksin Moderna berkesan hampir 95 peratus

Washington: Moderna pada Isnin mengumumkan keberkesanan vaksin Covid-19 yang dibangunkannya berada pada tahap 94.5 peratus.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, ia berdasarkan ujian klinikal terhadap lebih 30,000 individu.

“Keputusan positif analisis interim menwerusi kajian Fasa 3 ini adalah pengesahan kelinikal bahawa vaksin kami boleh mencegah Covid-19, termasuk keadaan yang serius,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19