Venezuela laksana perintah berkurung di sempadan

Caracas: Venezuela melaksanakan perintah berkurung di sempadannya antara Colombia dan Brazil sebagai langkah mengawal peningkatan mendadak kes koronavirus di negara itu membabitkan migran.

Menteri Penerangan Jorge Rodrigue berkata, Amerika Selatan mengesan 131 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Ketika ini Venezuela mencatatkan 110 kes import jangkitan luar menjadikan jumlah keseluruhan 749 kes dengan 10 kematian.

Berjuta-juta rakyat Venezuela berhijrah dalam beberapa tahun terakhir selepas kemerosotan ekonomi dan krisis kemanusiaan dengan menetap di Colombia, Ecuador dan Peru.

Tetapi perintah berkurung di beberapa negara menyebabkan mereka kini mahu kembali ke negara asal masing-masing.

Migran yang kembali ke Venezuela wajib dikuarantin selama 14 hari di pusat perlindungan di sempadan, dan bukannya di negara asal mereka.

Venezuela mencatatkan kes harian tertinggi yang merebak dengan pantas selama empat hari berturut-turut.

Pekerja kesihatan memberi amaran kemudahan di hospital tidak bersedia untuk menampung jumlah pesakit yang ramai akibat kekurangan dana.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19