Wanita Covid-19 ‘terjun’ dari ambulans

Jakarta: Mengejutkan apabila pemilik sebuah pusat urut Wijaya di Kebon Jeruk, Jakarta Barat yang disahkan positif Covid-19 nekad ‘terjun’ dari ambulans.

Malah, wanita terbabit berlari di tengah-tengah peserta demonstrasi sebelum menghilangkan diri.

Ketua Pusat Sosial Bina Karya Wanita Harapan Mulia Kedoya, Susan J Zulkifli berkata, kejadian itu berlaku pada 8 Oktober lalu ketika ambulans mahu membawa wanita itu ke Wisma Atlet Kemayoran.

Portal Kompas melaporkan wanita itu terjun dari ambulans dan bercampur dengan penunjuk perasaan demonstrasi Undang-Undang Cipta Kerja.

“Sehingga kini kami masih mencari wanita itu yang hilang bersama penunjuk perasaan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19