Wanita mati dibaham jerung

New York: Wanita maut selepas diserang jerung putih di luar persisiran pantai Maine di timur laut Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Pihak berkuasa berkata mengesahkan mangsa, Julie Dimperio Holowach, 63, dari New York City.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan berenang berhampiran dengan Pulau Bailey dekat Portland.

Ini adalah kejadian serangan jerung kedua di Maine dan kali pertama yang menyebabkan kematian.

Tidak ramai orang yang berenang di kawasan berkenaan kerana suhu airnya yang sejuk.

Pada kejadian berkenaan, individu yang berkayak di kawasan berkenaan membawa mangsa ke pantai.

Bagaimanapun, dia kemudian disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan paramedik.

Kelibat jerung dilihat di beberapa kawasan di perairan di timur laut AS sejak beberapa minggu lalu, terutama di Long Island, New York.

Selain itu, ia biasa dilihat di Cape Cod, Massachusetts, lokasi di mana peluncur ombak dibunuh oleh jerung pada September 2018.

Jerung putih dikatakan bertumpu ke kawasan perairan berkenaan bagi memburu anjing laut.