Wanita Palestin dilantik ke jawatan penting di Rumah Putih

Washington: Reema Dodin, wanita Jordan-Amerika dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pejabat Hal Ehwal Perundangan di Rumah Putih.

Reema akan bergabung dengan pasukan Hal Ehwal Undang-Undang terpilih Presiden Joe Biden pada Januari 2021 dan menjadi wanita Arab Amerika pertama memegang jawatan itu.

Reema kini berkhidmat sebagai timbalan ketua turus kepada Senator Dick Durbin.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai pengarah penyelidikan Senator Durbin.

Reema juga berperanan sebagai pembantu Jawatankuasa Kecil Kehakiman Hak Asasi Manusia dan Undang-Undang yang dipengerusikan Durbin.

Pada Januari 2021, peranannya dalam pentadbiran Biden akan menjadikannya individu Palestin-Amerika peringkat tertinggi untuk berkhidmat dalam pentadbiran AS.

Reema dilahirkan di North Carolina oleh ibu bapa yang berketurunan Palestin-Jordan, Bajis dan Samia Dodin.

Ibu bapanya berhijrah dari Tebing Barat, pada 1960

Datuknya adalah Mustafa Dodin, menteri urusan sosial di Jordan yang terbabit dalam rundingan damai Israel-Palestin pada 1970-an.

Reema memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti California, Berkeley, dalam bidang sains politik dan ekonomi pada 2002.

Semasa pendidikan di universiti, dia terbabit sebagai aktivis pro-Palestin