Wartawan Filipina didapati bersalah kes fitnah siber terhadap Duterte

Manila: Wartawan berprofil tinggi Filipina, Maria Ressa disabitkan bersalah bagi pertuduhan kes fitnah siber dalam cubaan media bersuara untuk mengkritik Presiden, Rodrigo Duterte secara senyap.

AFP melaporkan, Ressa, 56 dan agensi beritanya, Rappler menjadi sasaran tindakan undang-undang selepas menyiarkan berita mengkritik polisi Duterte termasuk perang dadah yang membunuh ribuan manusia.

Bagaimanapun, Ressa dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu rayuan terhadap hukumannya yang boleh dipenjara sehingga enam tahun.

“Kami akan memperjuangkan sebarang bentuk usaha atau cubaan untuk menentang kebebasan media daripada bersuara,” katanya kepada pemberita selepas selesai perbicaraan.

Kes itu susulan aduan dikemukakan seorang usahawan pada tahun 2017 dalam sebuah artikel terbitan Rappler lima tahun lalu yang menyiarkan berita hubungannya dengan hakim tertinggi negara.

Ressa yang dinamakan sebagai Person of the Year 2018 tidak menulis artikel berkenaan dan penyiasat kerajaan mulanya menolak pertuduhan dikemukan usahawan berkenaan.

Namun, Pendakwa Raya Negeri memfailkan pertuduhan terhadap Ressa dan bekas wartawan Rappler, Reynaldo Santos yang menulisnya mengikut undang-undang jenayah siber kontroversi bagi kesalahan jenayah atas talian seperti mengintip dan pornografi kanak-kanak.

Undang-undang membabitkan pertuduhan mereka berkuatkusa September 2012 iaitu sebulan selepas artikel diterbitkan.

Pendakwa Raya memberitahu pembetulan tipografi oleh Rappler iaitu daripada perkataan ‘penghindaran’ kepada ‘pengelakan’ termaktub dalam undang-undang berkenaan.

“Saya mengambil langkah berhati-hati, diam atau menjadi yang seterusnya dan itu antara sebab saya menjadi sasaran,” kata Ressa yang juga pengasas bersama Rappler kepada AFP dalam satu temubual eksklusif, minggu lalu.

Sementara itu, Duterte memaklumkan kes itu tidak bermotifkan politik dan pihak berkuasa perlu melaksanakan undang-undang biarpun terhadap wartawan.