Yoshihide Suga dipilih PM Jepun baharu

Tokyo: Parlimen Jepun pada Rabu memilih Yoshihide Suga sebagai Perdana Menteri baharu negara itu.

Bagaimanapun, Suga yang juga bekas ketua setiausaha negara itu dijangka akan meneruskan polisi pentadbiran Abe.

Suga, 71, menang mudah apabila meraih 314 undi daripada 462 undi di Dewan Perwakilan, di mana partinya mempunyai majoriti.

Beliau tunduk hormat selepas diumumkan sebagai Perdana Menteri, tetapi tidak membuat komen lanjut.

Suga sebelum ini menegaskan bahawa beliau akan menumpukan usaha untuk menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi.