YouTube ‘padam’ enam saluran

San Francisco: YouTube menutup enam saluran kerana kandungan yang terlampau rasis dan mengapi-apikan kebencian.

Ia termasuk saluran Duke, Molyneux, Spencer dan American Renaissance.

Platform itu dalam kenyataannya berkata, langkah itu bagi mengekang penularan kandungan yang melanggar peraturan komunitinya.

“Kami mempunyai peraturan ketat yang melarang kandungan berunsur kebencian dan akan menutup sebarang saluran yang melanggar garis panduan ini,” katanya.

Sejak peraturan itu dikemas kini setahun lalu, YouTube sudah menutup 25,000 saluran kerana kandungan yang mengapi-apikan kebencian.